Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.​

Selamat datang ke Universiti Islam Selangor (UIS).

Pertama sekali, bagi pihak Universiti, saya ingin mengucapkan ahlan wa sahlan, wa marhaban bikum dan selamat datang kepada pelajar-pelajar siswazah baru UIS. Dengan pendaftaran rasmi anda sebagai pelajar di Pusat Pengajian Siswazah, UIS bermulalah perjalanan anda dalam pencarian ilmu dan kemahiran penyelidikan yang lebih tinggi, InshaAllah.

Sebagai pelajar yang matang, anda dijangka untuk mempunyai kesungguhan dalam menekuni bidang pengajian dan penyelidikan masing-masing dengan bimbingan penyeliaan yang minumum. Pada dasarnya seorang graduan pasca siswazah yang berkelayakan harus dapat menunjukkan 

penguasaan ilmu, untuk mensintesis dan menyumbang kepada pengetahuan untuk layak dianugerahkan Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah. Justeru, rancang, atur dan laksanakanlah pengajian anda sebaiknya bagi memastikan segala kemahiran dan penguasaan dalam bidang yang diikuti dapat diperolehi dengan jayanya.

Selaras dengan Visi UIS, graduan yang bakal dilahirkan daripada program pasca siswazah UIS bukan sahaja kompeten dalam bidang kepakaran masing-masing, tetapi mampu menghayati konsep tawhidik . Justeru, pilihan anda untuk mengikuti program sarjana MBA (Muamalah) dan Sarjana Syariah (Pengurusan), serta program Doktor falsafah Islamiyyat bakal menyaksikan transformasi dalam pemikiran dan tindakan graduan PPS UIS. Ini merupakan kekuatan program pascasiswazah UIS.

Akhir sekali, saya berharap anda akan mempunyai satu perjalanan ilmu yang yang bakal dikenang sepanjang hayat.

Barakallahu fikum.

Terima kasih.

Pengarah
Pusat Pengajian Siswazah